Almy Nadia mengandung anak kembar?

Pada: Isnin, 1 Disember 2014
Desas desus menyatakan yang Almy Nadia hamil anak kembar. Ini memandangkan ramai orang yang menyangka perut besar Almy (gambar muatnaik) akan melahirkan anak kembar.

Namun buat Almy, dia enggan mengulas lebih lanjut mengenai hal itu, dan berharap semua pihak bersabar sehingga Almy melahirkan anak yang dikandungnya itu.

“Saya tak mahu ulas pasal anak kembar atau kenapa saiz perut saya besar, yang penting anak dalam kandungan saya ini sihat dan cukup sifat semuanya.

“Lagipun saya sudah tidak mahu ambil pusing lah apa yang orang nak kata mengenai kandungan saya kerana saya tidak mahu ada tekanan buat masa ini.

“Biarlah mereka nak kata apa kerana mereka yang tanggung dosa jika mereka menghina saya. Saya pula dapat pahala jika mereka mengata,” -Almy petikan portal Murai

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..