Aksi berkemban, Erma Fatima teruskan niat (5 gambar)

Pada: Jumaat, 5 Disember 2014
Erma Fatima kini dihimpit masalah berkaitan telefilemnya yang meyaksikan beberapa babak berkemban. Telefilem berjudul Takhta 3 Ratu itu menampilkan pelakon seperti Erra Fazira, Awie dan Feby Febiola.

Telefilem yang berkisar mengenai kerajaan Majapahit itu adalah sinonim dengan adegan berkemban yang digunapakai orang dahulu sebelum ada baju moden sekarang (kikiki).


Malah isu berkemban ini juga pernah berlaku ke atas Erma sendiri di dalam filem Embun. Kata Erma ini bukan alasan lagi untuk dia tidak meneruskan kemajuan di dalam mengarah sesebuah babak.
“Satu ketika dahulu saya terduduk hancur jiwa apabila isu rogol diperkatakan sehingga membunuh perasaan saya untuk membuat filem dan hari ini saya bangkit bukan untuk melayan isu berkemban ini. Bagi sesiapa yang ingin membincangkan pasal isu ini saya redha,”

“Saya berharap benda ini tidak menjadi isu kerana banyak lagi benda lain atau ruang yang boleh diperkatakan dalam telefilem ini. Saya berharap penonton sekarang sudah bijak untuk menilai” -Erma
-Gambar Rotikaya

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..