Ada pihak cemburu hubungan Amar-Izreen, mereka adalah..

Pada: Selasa, 16 Disember 2014
Akui Amar Baharin yang hubungannya dengan pelakon Izreen Azminda kini sedang bahagia, namun dalam kebahagian mereka itu, ada pihak yang cemburu akan mereka berdua bersama.

Memetik portal msTar, mereka yang cemburu itu adalah pihak-pihak yang mengikuti laman sosial Instagram milik mereka berdua. Dan ini diperhatikan oleh Amar sendiri.

"Ya, ada yang cemburu dan memberi komen yang bukan-bukan di laman sosial kami. Ada juga peminat yang tukar-tukar muka pada gambar Izreen kepada muka mereka.

"Tapi setakat ini tidaklah teruk hingga boleh menjejaskan keselamatan kami,"
Amar enggan mengakui yang mereka berdua sedang bercinta, namun hanya rapat sebagai kawan sahaja..
"Kawan rapat sahajalah, itu lebih mudah daripada bercinta. Saya lagi takut kalau hubungan kawan itu bertukar menjadi cinta.

"Hubungan cinta kalau putus akan merosakkan hubungan persahabatan, jadi biarlah kami kawan rapat sampai bila-bila,"

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..