Zain Saidin selesa tayang bentuk badan sebab..

Pada: Sabtu, 29 November 2014
Dengarnya Zain Saidin bangga setelah 3 bulan menjaga pemakanan yang betul dan kini beliau nampak seperti daddy fit. Dan Zain kerap memuatnaik gambar bentuk badannya kepada umum.

Zain juga akui, tindakannnya itu membuatkan dirinya lebih selesa memandangkan sebelum bergelar pelakon, dia merupakan seorang jurulatih kecergasan memetik portal Bharian.
"Saya tak kisah orang nak cakap diri ini menunjuk badan atau tak. Tapi saya secara tak langsung mahu memberi contoh kecergasan dan kesihatan yang baik untuk pengikut di laman bergambar popular itu. Malah saya sendiri sudah membuka akaun Instagram khas di bawah nama @nozainnogain.

"Saya nak menunjuk pun sebagai bukti dengan usaha keras dan jitu kita boleh mendapat badan yang diingini. Selama ini pun isteri selalu cakap saya gemuk dan sekarang saya buktikan. Hajat nak jadi daddy fit kepada anak kami Aaisyah Dhia Rana juga kian dipenuhi.

"Setakat ini nak cakap saya puas hati dengan hasil mendapatkan badan sasa baru 80 peratus. Saya perlu kejar lagi 20 peratus untuk melengkapkan sasaran," -Zain

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..