Yatt ingin hamil anak ke-2 (5 gambar)

Pada: Isnin, 17 November 2014
Tip top usia anak Yatt Hamzah yang sulung, Suci Hanania Malika bakal masuk ke tabika tahun hadapan. Dalam usia yang meningkat, pastinya Suci inginkan seorang adik, mungkin sudah mengenali apa itu seorang yang bergelar 'adik'.

Memetik portal Bharian, Yatt Hamzah sentiasa inginkan hamil/mengandung anak ke-2 jika di izinkan Allah SWT. Ini digunakan sebaik mungkin untuk berdoa di Tanah Suci apabila Yatt akan menunaikan umrah kali ke-2 pada 15 Disember nanti.

"Selain mahu memanjangkan doa supaya impian berbadan dua dimakbulkan, istimewanya juga umrah kali ini bersama suami dan anak turut ditemani ibu bapa saya. Tapi sesuatu yang buat sebak pemergian bapa saya kali ini ketika kesihatannya tidak berapa baik.

"Saya dapat tahu jangka hayatnya untuk hidup cukup menggerunkan saya sendiri apabila mendengarnya. Tapi saya percaya soal ajal dan maut ini semua terletak di tangan Tuhan. Bapa saya sejak raya Aidiladha lalu disahkan mengidap kanser paru-paru tahap keempat.

"Ia cukup menyentap perasaan saya dan ahli keluarga yang lain. Tapi semua ini ujian Tuhan buat kami. Alhamdulillah niat saya membawa keluarga ke Tanah Suci Makkah turut dipermudahkan apabila rezeki saya bertambah," -Yatt

Tag : , , , , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..