Vie Shantie, Eizlan Yusof nak bercerai?

Pada: Rabu, 19 November 2014
Patut la pelik selama ini melihat instagram Datuk Eizlan Yusof dan Datin Vie Santie tidak bersama-sama gambar mereka, bahkan jarang sekali dapat melihat gambar mereka berdua bersama.

Rupa-rupanya semalam memetik portal MediaHiburan, 18/11 sudah terjawab. Vie telah memfailkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Namun atas sebab-sebab tertentu prosedur mahkmah, tarikh perceraian mereka terpaksa ditunda ke 13 Januari tahun hadapan bersama-sama saksi dan peguam masing-masing.

Mereka berkahwin dan mendirikan rumahtangga sejak 7 Julai 2007 dan dikurniakan dua cahaya mata,Zareef Yusof dan Vie Zaalia.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..