Tidak hensem, Hazama akui tiada syarikat duta nak kat dia!

Pada: Khamis, 6 November 2014
Mungkin ramai yang menyangka golongan artis senang untuk mendapatkan kontrak menjadi duta produk. Tapi tidak buat Hazama. Dia jarang ditawarkan apa-apa tawaran menjadi duta produk oleh mana-mana syarikat.

Memetik portal mStar, Hazama akui mengenai itu, dan dia redha dengan rezeki pemberian Tuhan.
"Diakui, tidak banyak syarikat yang inginkan saya menjadi duta produk mereka. Tetapi saya tak berkecil hati kerana fokus utama saya adalah membina nama sebagai seorang penyanyi dan bukannya menjadi duta produk.

"Cuma ia sekadar satu bonus buat seseorang artis jika mendapat tawaran itu. Dan memandangkan trend sekarang banyak produk kecantikan memutihkan muka di pasaran, 'muka pecah' macam saya ini, ada ke orang nak saya jadi duta? Hahaha...

"Dulu penyanyi Zainal Abidin pernah berkata, sebelum menerima tawaran menjadi duta (produk), penting untuk seseorang itu memilih adakah produk berkenaan sesuai dengan imej yang kita bawa atau tidak.

"Bayangkan, saya pernah mendapat tawaran daripada sebuah syarikat yang menjual kopi kesihatan untuk orang yang sudah berkahwin. Saya menolaknya dengan baik, kerana sebagai orang yang belum berkahwin, rasanya tidak relevan untuk saya menjadi duta produk tersebut," -Hazama

Tag : , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..