Sharifah Shahira kemalangan, keadaannya kini...

Pada: Jumaat, 28 November 2014
Amat malang menimpa Sharifah Shahira yang baru-baru ini dikhabarkan telah dimasukkan ke Hospital akibat dirinya jatuh dari basikal dan disahkan doktor yang tulang kecil di sebelah kaki kanannya retak.

Sharifah ditahan selama dua hari dan memakai kerusi roda selama 2 bulan mendatang. Menurut portal Murai, Sharifah menunggan basikal adalah untuk membeli barangan dapur rumahnya..


“Ceritanya begini, saya naik basikal hendak pergi ke kedai beli santan untuk masak di rumah. Kedai itu berdekatan rumah sahaja.

“Namun dipertengahan jalan itu, basikal yang saya tunggang terlanggar batu dan saya terjatuh di tepi jalan raya.

“Ketika itu, ingat kaki hanya terseliuh sahaja dan saya cuba untuk berdiri namun gagal. Nasib baik saya bawa telefon bimbit bersama dan terus telefon suami untuk beritahu dan minta tolong,” -Sharifah

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..