Saya masih solo, belum bercinta! -Elfira Loy

Pada: Isnin, 3 November 2014
Gosip Elfira Loy dikaitkan ada menjalinkan hubungan dengan aktor dari Indonesia, Baim Wong adalah tidak benar sekali. Tegas Elfira semalam memetik portal Utusan yang dia kini masih solo dan belum bercinta dengan mana-mana lelaki di atas muka bumi ini.

Gosip ini tersebar luas apabila beberapa keping gambar mereka bersama kelihatan intim seperti sepasang kekasih ketika berada di Jakarta beberapa minggu yang lalu.
“SAYA masih solo dan masih belum membuka hati untuk mana-mana lelaki,”

“Sebenarnya sudah setahun saya tidak bertemu dengan Baim dan kebetulan saya dan keluarga bercuti di sana dan kami bertemu. Bila berada di sana dia mengajak saya menghadiri majlis perkahwinan.

“Saya ingat itu majlis perkahwinan orang biasa. Tak sangka pula sebenarnya majlis perkahwinan Raffi dan Nagita. Sudahnya terkeluar pula cerita kami berpacaran,”

“Susah sebenarnya nak cakap tentang hati dan perasaan. Yang boleh saya katakan sehingga sekarang saya masih lagi solo dan tidak terikat dengan mana-mana lelaki.

“Itu juga tidak bermakna saya menolak sesiapa juga. Jika ditakdirkan pada masa hadapan saya semakin rapat dan ada jodoh dengan Baim, saya terima dengan hati yang terbuka.

“Tapi waktu ini biarlah masa dan keadaan yang menentukan. Segala-galanya saya serahkan kepada Yang Maha Esa dan saya tidak akan terburu-buru ke arah perkahwinan,” -Elfira

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..