Sairah redha bercerai dengan suami (2 gambar)

Pada: Rabu, 5 November 2014
Dengar khabar yang adik pkepada Datuk Siti Nurhaliza, Siti Sairah kini sudah bercrai dengan suaminya, Saiful Anuar sekitar 27 Oktober yang lalu di mahkamah syariah dekat Kuantan, Pahang.

Sumber yang dipetik melalui Bharian ini lagi menyebut, ada ucapan yang menyentuh berita itu di laman sosial Instagram milik Sairah (gambar atas).

Bahkan ianya ditambah lagi dengan ucapan semangat dari Siti Nurhaliza di laman sosial miliknya yang ditujukan kepada Sairah (gambar bawah).

"Kisah cerai berai ini iyalah kalau boleh untuk simpanan sendiri saja. Nak cakap lebih tak molek pula. Sebagai kakak, saya hanya mampu menyuruh dia (Sairah) kuat. Soal cerai ini memang perkara berat dan ia memang satu-satunya perkara yang kita nak elak.

"Saya harap dia dapat menerima suratan ini dan reda dengan segala apa yang tertulis. Apa saja keputusan dan ketentuan, kita sebagai hamba-Nya harus kuatkan semangat," - Saida kakak kepada Sairah

Tag : , , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..