Putus cinta dan mohon maaf - Hanez Suraya

Pada: Rabu, 5 November 2014
Dengarnya setelah beberapa bulan dihimpit kontroversi dengan suami orang, Hanez Suraya akui hubungannya dengan jejaka bernama Romie itu kini sudah berakhir, dan mereka kini sebagai kawan biasa sahaja.

Hanez membuat kenyataan ini untuk membuka lembaran baru di dalam kehidupannya tahun akan datang. Tapi segelintir yang tidak mempercayai akan kenyataan ini dengan menganggap ianya gimik, memandangkan Hanez kini juga dihimpit dengan kurang penawaran untuk berlakon.

Tapi kalau betul-betul, baguslah, sekurang-kurangnya Hanez sudah sedar akan kesilapan yang dia lakukan.

Saya mahu menutup semua cerita yang terjadi beberapa bulan yang lalu dan mahu membuka lembaran baru. Selepas ini kalau boleh saya mahu elak perkara yang boleh mengundang kontroversi. Jadi selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam setiap hal yang saya lakukan.

Saya anggap hubungan saya dengan dia tak ada jodoh. Tapi hubungan antara kami masih baik, tiada sebarang persengketaan yang terjadi. Saya sudah tidak mahu fikirkan. Jika selepas ini, kalau ada jodoh, adalah. Kalau tiada, tak mengapa. Buat masa ini, cukuplah. Saya tidak mahu komen lebih-lebih

Buat masa sekarang, biar semua benda berlalu dahulu. Saya sendiri dengan rasa rendah hati ingin memohon maaf kepada semua pihak jika ada salah dan silap saya sebelum ini. Apa yang terjadi, cukuplah. Saya sudah terima macam-macam perkara.

Saya mengambil perkara ini secara positif dan saya sudah maafkan semua. Saya terima semua komen dan kritikan yang diberikan. Biar saya buka lembaran baru selepas ini. Bila terhantuk itu membuatkan kita belajar. Sebab itu kesilapan kita, manusia tidak sempurna.

Saya sebagai manusia biasa, saya anggap kesilapan itu membuatkan saya kembali muhasabah diri. Apa yang terjadi betul-betul membuatkan saya belajar"- Hanez

Tag : , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..