Peminat beri RM400 kepada Keith Foo untuk..

Pada: Jumaat, 28 November 2014
Baru-baru ini ada satu program bersama selebriti popular dengan peminat dijalankan. Program amal 1MKL Saturday Charity Car Wash anjuran Menara Kuala Lumpur dan majalah URTV dengan kerjasama Wira Aeroback Performance CLub (WAPC) telah mengadakan sesi cuci kereta RM15 di perkarangan Menara Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Hasil rogram ini dijalankan adalah untuk disumbangakn kepada Persatuan Sindrom Down Malaysia.

Bukan orang biasa yang pergi cuci kereta anda, tapi artis popular tempatan. Artis yang hadir adalah Keith Foo Izzue Islam, Miera Lyana, Aweera, Izreen Azminda, sherry Ibrahim, Nur Risteena, Zoey Rahman, Julia Ziegler dan pasangan duo ZiaBella.

Yang paling seronok sekali ada Keith Foo, dimana ada peminatnya yang sanggup bayar RM400 kepadanya.. -gambar Utusan


“Saya tidak menyangka ada peminat yang sanggup membayar RM400 untuk saya mencuci keretanya.

“Saya mahu ucapkan terima kasih kepada pembida iaitu Puyan Sania Saidi kerana sudi membuat amal bersama saya dan artis-artis lain,” -Keith

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..