Nora Danish elak pegang tangan Farid Kamil

Pada: Sabtu, 1 November 2014
Agak sedikit pelik kali ini, Nora Danish sepertinya enggan memegang tangan pelakon Farid Kamil kerana takut akan salah faham dan cemburu buta berlaku kembali oleh Diana Danielle yang sebelum ini pernah dipostkan (gambar promosi filem) di laman sosial Instagram miliknya mengenai keadaan sedemikian terhadap suaminya.

Kali terakhr Nora dan Farid bergandingan adalah dalam filem Pengantin Malam. Namun kali ini, mereka digandingkan bersama untuk filem Anak Jantan. Dan difahamkan Nora mahu setiap babak dia dengan Farid tiada adegan berpegangan tangan.
“Untuk gandingan saya dengan Farid kali ini, semuanya tiada masalah. Kami senang untuk bekerja dan menghormati sesama sendiri. Saya tahu meletakkan had tertentu agar cerita dahulu tidak berulang. Di majlis ini pun, saya mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak ada sebarang sentuhan yang berlaku antara saya dan dia. Semua boleh dielakkan,” -Nora petikan portal GUA

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..