Nana Mahazan tunjuk2 kebahagaian keluarga? (20 gambar)

Pada: Sabtu, 1 November 2014
Nana Mahazan menafikan yang dia berniat menunjuk-nunjuk kebahagian yang dimiliki dengan memuatnaik gambar keluarganya ke dalam laman sosial.

Memetik portal mStar, Nana beranggapan ianya satu cara dia mendekati peminatnya dan sebagai rutin hariannya.

"Ishhh, buat apalah saya nak menunjuk-nunjuk kebahagiaan saya kepada orang lain. Lagipun gambar yang dimuat naik hanyalah gambar keluarga. Bukannya apa pun.

"Tetapi, diakui ada juga yang memberi komen kononnya saya mahu menunjuk-nunjuk. Takkanlah gambar keluarga sendiri saya tak boleh letak di Instagram? Lagipun saya sekadar mahu berkongsi apa aktiviti saya setiap hari,"

"Bagi saya, kebanyakan masyarakat begitu kejam di media sosial. Mereka akan mengkritik sesuka hati tanpa berfikir panjang.

"Dan setiap gambar yang dimuat naik, ada saja komen-komen yang berbaur negatif.

"Kalau mereka mengutuk saya dan suami, masih lagi boleh pejam mata, tetapi kalau nak berkata buruk tentang anak-anak, memang saya rasa geram dan akan membalas semula komen mereka," katanya
.Nana mempunyai dua orang anak iaitu Althea, 4, dan Aaqib Raqeem Brian, 10 bulan. -gambar IG NanaMahazan

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..