Mon Ryanti kini berhijab (17 gambar)

Pada: Khamis, 6 November 2014
Dengar khabar pelakon dan deejay Ultra FM, Mon Ryanti kini sudah berhijab. Ini dibuktikan lagi dengan kelibatnya ketika karpet merah sempena Malam Anugerah Filem Malaysia ke 26 yang berlangsung di Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Seremban, baru-baru ini yang memetik portal GUA.

"Rasa untuk berubah sudah ada lama dalam hati saya, sebelum berkahwin lagi, namun saya tangguhkan dahulu hasrat itu. Tapi pada Awal Muharram lalu, saya menetapkan hati dan terus memakai hijab. Saya tak mengalami apa-apa mimpi dan saya tidak mengikut mana-mana trend, semuanya datang dalam diri saya sendiri,"

"Sebelum keluar rumah, saya ambil tudung dalam almari dan terus sarungkan sahaja. Ketika itu, saya keluar menemani suami ke Litar Antarabangsa Sepang untuk menyaksikan acara Moto GP. Walaupun itu adalah hari pertama saya bertudung dan saya pula ke tempat yang bercuaca panas seperti Sepang, saya langsung tak rasa panas walaupun saya mengenakan tudung. Alhamdulillah, Allah permudahkan," Mon Ryanti

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..