Memey Suhaiza sudah sedia nama anak ke-2 iaitu..

Pada: Rabu, 26 November 2014
Memey Suhaiza yang kini hamil anak ke-2 mengakui dirinya cukup selesa berbanding kehamilan anak yang pertama. Ini disebabkan Memey tidak lagi mengidam apa-apa yang dianggap luar biasa.

Memetik portal Bharian, Memey berharap jika Allah memberikannya zuriat perempuan, namanya sudah dipilih iaitu Maya Delaila yang juga butik nama perniagaan pakaiannya. Dimana butiknya ini kini menumpang di pejabat suaminya sementara mencari tapak kekal.

"Awish (panggilan untuk anaknya) terlebih manja. Memang lain macam jadinya. Awish nak perhatian lebih daripada saya. Mungkin juga sudah mula terbit perasaan cemburu. Gelagatnya memang mencuit hati saya dan suami.

"Lebih melucukan, dia nak dekat sangat dengan perut saya," -Memey

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..