Lelaki surirumah bukanya dia pondan! - Chef Wan

Pada: Sabtu, 1 November 2014
Stigma masyarakat Malaysia beranggapan lelaki yang membuat kerja-kerja wanita di rumah sebagai pondan perlu dikikis kerana ia boleh memberi kesan negatif terhadap institusi kekeluargaan, kata pakar masakan, Datuk Redzuawan Ismail.

Chef Wan berkata, anggapan itu berlaku secara meluas di Malaysia akibat tahap ego keterlaluan dalam diri di kalangan lelaki khususnya Melayu, yang melihat melakukan kerja-kerja rumah sebagai individu yang memiliki perwatakan lembut.
"Tidak semestinya lelaki yang membuat kerja-kerja rumah dianggap lemah dan lembut. Mereka berbuat demikian bagi membantu isteri yang mungkin penat setelah bekerja di pejabat.

"Bagaimanapun, dalam masyarakat kita persepsi sedemikian masih terjadi sedangkan ia tidak pernah wujud di negara Barat," katanya kepada Bernama selepas menjadi anggota panel dalam diskusi 'Mentakrifkan Kelelakian'

"Melalui pengalaman sendiri, saya dapati apabila melakukan kerja-kerja rumah ia bukan hanya menyenangkan, malah menyihatkan badan,"

"Bukan hanya kerja rumah, malahan jika lelaki yang terlibat dalam bidang kewanitaan seperti fesyen dan memasak pun turut dilabel sebagai lelaki lembut atau songsang.

Perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana ia mampu menghalang seorang individu khususnya lelaki untuk menceburi bidang yang digemari mereka," -Che Wan petikan Bernama

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..