Lagu Cindai jadi Cib**, ramai sokong persembahan Stacy

Pada: Isnin, 10 November 2014
Agak mengejutkan apabila malam ASK 2014 yang lalu, apabila Stacy menyanyikan lagu Cindai menjadi satu kontroversi apabila penyebutan cindai menjadi cib** yang sinonim dengan perkataan negatif.

Dakwaan ini dikeluarkan oleh komposer lagu Cindai, Hairul Anuar diatas nyanyian yang disampaikan oleh Stacy itu melalui laman sosial Facebook miliknya.


Kalau diikutkan tiada kesilapan perkataan di dalam lagu itu, ntah kenapa penulis lirik memuatnaik status seperti ini. mungkin tidak suka atas kelainan lagu Cindai yang disampaikan oleh Stacy agaknya.

Namun rata-rata komen di Youtube menyokong Stacy dengan lagu Cindai versi baru ini, malah menyifatkan penyanyi ini lebih baik dari penyanyi asal.
“hahaha... cindai dah jadi cib**...lirik ikut sedap mulut kau je...lantak korang la...”

“Nak kelainan sgt kan? hambik la... mmg lain la jadinya..,” tulis Hairul di bahagian komen.
Lagu ini pernah dipopularkan oleh Dato' Siti Nurhaliza 16 tahun yang lalu.


Tag : , , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..