Kelibat Amelina Dangdut ditemui (3 gambar)

Pada: Selasa, 4 November 2014
Siapa tidak kenal dengan penyanyi dangdut terkenal tanah air, Amelina yang satu masa dahulu popular dengan tagline lagunya, Ah Ah Ah.

Namun tahu tak anda, setelah berkahwin dengan suaminya, Reduan Mahmood, Amelina jarang kelihatan di mana-mana event selebriti. Tidak dipastikan kenapa, samada kurang mendapat tawaran atau Amelina sudah bersara dari bidang nyanyian dan menumpukan sepenuhnya kepada keluarganya.

Baru-baru ini sebuah blog hiburan telah mendakwa terlihat kelibat Amelina baru-baru ini dekat Bangsar Shopping Centre, Bangsar, Kuala Lumpur.

Kelihatan juga penyanyi Maya Matahari dan seorang lagi lelaki tidak diketahui. Mereka makan tenghari dan kelihatan Amelina tidak bertudung. Sungguh menghairankan, memandangkan ramai mendakwa dia kelihatan kini sudah bertudung.

Apa-apa pun, Amelina bukan hilang, kelibatnya masih ada, cuma tidak aktif lagi rasanya dalam bidang nyanyian.

Wallahualam lah kalau ini dia atau bukan.. kuku..


Tag : , , , , ,

1 Komen:

Tanpa Nama 4 November 2014 4:28 PTG

NAMPAK GAYA NAK START NYANYI BALIK...

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..