Kekasih Marsha Milah adalah jejaka Islam.. soal kahwin?

Pada: Khamis, 13 November 2014

Marsha Milan Londoh mendedahkan yang dia kini sedang mengenali jejaka Melayu yang berasal dari Pulau Pinang. Namanya jejaka itu tidak disebutkan, namun cukup dengan huruf dihadapannya, S.

Marsha juga akui yang jejaka berkenaan adalah teman kekasihnya buat masa ini, dan kini berfikir untuk berkahwin dengan dirinya.

Mari kita dengar wawancara Marsha oleh wartawan Utusan mengenai hal ini.


HITS: Betul ke awak akan berkahwin tahun hadapan?

MARSHA: Tidak tahu lagi. Saya tidak pernah cakap akan kahwin tahun hadapan. Mungkin orang yang bagi maklumat itu tersilap kerana sebelum ini saya pernah meletakkan sasaran untuk berkahwin pada usia 30 tahun.

Habis, apa status awak sebenarnya?

Memang saya sedang menjalinkan hubungan dengan seseorang. Lelaki itu saya kenal tujuh tahun lepas dan kami mula bercinta sejak setahun yang lalu. Kami masih lagi dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Kami juga tidak pernah berbincang dengan serius hala tuju hubungan ini. Semuanya kami letak atas takdir. Sama macam pasangan lain juga, kalau ada jodoh, kami akan berkahwin.

Adakah teman lelaki awak itu beragama Islam?

Ya, dia seorang Islam dan berasal dari Pulau Pinang.

Jadi awak sudah bersedia untuk memeluk agama Islam?

Kalau boleh saya tidak mahu komen tentang perkara itu buat masa sekarang. Lagi pula, soal agama kan sensitif. Biar masa yang menentukan segala-galanya.

Awak selesa dengan lelaki tersebut?

Sebenarnya, saya mahu elak untuk bercerita terlalu terbuka kepada umum tentang pilihan hati saya ini. Segala yang berlaku dalam kisah cinta saya yang lalu menjadi pengajaran paling berguna buat diri. Kalau terlalu bersikap terbuka, ia akan memakan diri sendiri. Soal keselesaan. Ya, saya selesa dengannya sebagai kekasih saya.

Boleh ceritakan lanjut setakat ini bagaimana dengan teman lelaki awak?

Kekasih saya seorang yang suka mengambil berat dan sangat memahami. Dia sentiasa memberi sokongan dan semangat terhadap apa yang saya buat. Dia juga sentiasa bersama saya kalau ada buat persembahan di mana-mana, sebab itu saya senang dengan dirinya. Semoga perasaan antara kami ini kekal.

Keluarga awak sudah tahu tentang hubungan itu?

Ibu bapa saya tahu dan mereka tidak kisah dengan pilihan buat masa sekarang.

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..