Juliana, Emma bergaduh di Los Angeles? sebab Zizan?

Pada: Isnin, 24 November 2014
Juliana Evans dan Emma Maembong adalah dua selebriti yang dikenali kerana ada kaitan dengan pelawak, Zizan Razak. Mungkin anda berfikir, kenapa admin bercerita mengenai mereka berdua ini.

Terlebih dahulu, dengarnya semalam, Juliana yang sudah pulang ke Malaysia selepas tamat belajarnya di Amerika, akan kembali aktif di dalam dunia anak seninya semula.

Mungkin sedikit pelajaran dan skill telah diperolehi Juliana ketika berada di luar negara untuk diserapkan sepenuhnya di dalam lakonannya kelak.

Berbalik pulak kepada tajuk dan perenggan pertama, ada juga ura-ura yang menyatakan Juliana dan Emma bergaduh di Los Angeles sekitar awal tahun ini menurut portal MEdiaHiburan.

Namun Juliana menafikan hal itu dan akui tidak pernah berjumpa dengan Emma.
“Siapa kata kami bergaduh? Saya tak jumpa dia pun sebaliknya hanya meluangkan masa dengan kawan-kawan yang kebetulan ada di sana seperti Afdal, Marina dan Kaka. Jadi, hanya orang-orang yang berada di sana sahaja yang tahu cerita sebenar”

“Perjumpaan kami itu tidak ada maksud lain. Tambahan pula kami sudah lama tak berjumpa. Dan kebetulan mereka di sana tidak salah untuk saya luangkan masa,” j

“Jangan pertikaikan tujuan saya pulang ke Malaysia. Jujurnya, saya gembira sebab dia sudah punya pasangan. Kalau boleh jangan ungkit lagi cerita lama. Saya tidak mahu dikatakan perosak kepada hubungan mereka kelak. Dan Emma, tak perlu takut dengan saya,” -Emma.

Tag : , , , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..