Isu Buli, pendapat Wardina dibidas!

Pada: Isnin, 10 November 2014
Kenyataan Wardina mengenai isu buli mendapat komen tidak menyokong oleh segelintir pelakon-pelakon vateran tempatan. Wardina yang sebelum ini beranggapan filem berunsur gangster adala punca utama kenapa kes buli berlaku di sekolah-sekolah yang menjadi viral di laman-laman sosial buat masa ini.

Pengarah, Dato' Yusof Haslam menganggap pandangan Wardina tidak matang, dan tidak boleh menjawab 100% penyelesaian kes buli ini.
"Saya tidak setuju dengan kenyataannya itu kerana ia lebih berunsur emosi tanpa berfikir secara matang. Dia melihat pada skop di satu pihak sahaja.

"Kita juga sedia maklum, masalah gejala sosial ini sudah lama berlaku dan secara logiknya, adakah patut filem tempatan kita dipersalahkan?

"Bukankah banyak lagi akses lain yang lebih mudah terutamanya menerusi Internet untuk golongan remaja zaman kini untuk menonton video-video yang tidak sepatutnya?," -Dato' Yusof memetik portal mStar
Selain itu pelakon Dato' Rosyam Nor juga tidak bersetuju dengan Wardina.
“Kes buli bukan berlaku hari ini malah, filem berunsur gangster sudah banyak dihasilkan. Penonton hari ini yang menonton filem kisah gangster bukan dalam kalangan mereka yang bodoh yang tidak tahu menilai baik dan buruk. Sebaliknya, apa yang berlaku terhadap kes buli seperti ini adalah berpunca daripada pengaruh dalam diri masing-masing,” jelas Rosyam Nor memetik portal MalaysianDigest.

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..