Gambar Diana Amir mengandung 6 bulan

Pada: Rabu, 26 November 2014
Kini usia kehamilan Diana Amir sudah mencecah 6 bulan. Namun Diana bukanlah seorang isterinya yang hamil hanya goyang kaki, tapi seorang yang cukup aktif ketika berbadan dua.

Ini akui sendiri oleh Diana melalui HarianMetro, yang mahu sentiasa aktif untuk mengelakkan..

“Saya kena selalu bergerak. Kalau berehat dan tidak membuat sebarang kerja kepala boleh pening dan nak muntah diibuatnya. Pernah sekali, saya bercuti dan ketika itu hanya mahu berehat saja di rumah. Sayangnya, kepala jadi pening dan tekak pula rasa mual macam hendak muntah”

“Sudahnya, saya sibukkan diri dengan kerja dan alhamdulillah tak ada pula nak pening atau mual pun. Mungkin, bayi saya ini sukakan ibunya aktif,”

“Sama ada bayi perempuan atau lelaki, saya dan suami menerima dengan hati terbuka apa saja jantina zuriat dianugerahkan Tuhan. Pada kami, apa yang penting Tuhan sudah memakbulkan doa untuk menganugerahkan zuriat pengikat kasih dibina”

“Itu sudah membuatkan kami sangat bersyukur. Bahkan, saya juga berharap dipermudahkan Tuhan dalam proses kelahiran nanti. Semoga semuanya berjalan lancar,” tambahnya.

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..