Ezad Exist didakwa miliki syabu..

Pada: Sabtu, 22 November 2014
Ezad, semalam, 21/11 mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang terhadap pertuduhan memiliki dadah jenis syabu, Rabu lepas.

Ezad didakwa memiliki satu paket plastik lutsinar berisi dadah jenis syabu anggaran berat 0.3 gram di kawasan Kompleks Selayang Mall, Selayang Utama pada 1.30 tengah hari 19 Nov lepas.

Ezad, yang popular dengan lagu 'Jesnita' didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Nurul Izzah Hasan Basri membenarkan Ezad diikat jamin RM2,200 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Dis untuk sebutan.

Ezad, yang pernah berlakon dalam filem 'Anak Mami The Movie' membayar wang jaminan itu. -BERNAMA

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..