Erra Fazira sudah menemui pasangan hidup?

Pada: Jumaat, 7 November 2014
Desas desus mengatakan yang Erra Fazira kini rapat dengan seorang jejaka yang tidak dikenali identitinya lagi. Namun menurut sumber berkenaan, dia adalah seorang yang bersangkut paut dengan golongan orang-orang bertahap VVIP.

Namun Erra yang ditemui menafikan hal demikian namun tidak menafikan berkawan rapat.
“Sejujurnya, jika ditanya tentang soal berkawan, ya, saya akui memang kini sedang berkawan rapat dengan seseorang. Namun, apabila ada cerita mengatakan lelaki tersebut adalah daripada golongan atasan, itu tidak benar sama sekali,”

“Pada saya, jika berkawan, saya tidak menjalinkan sesuatu hubungan itu berdasarkan atas nama, pangkat atau harta. Saya lebih selesa memilih untuk berkawan dengan orang biasa” -Erra

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..