Emelda Rosmila akui belum mengandung cuma..

Pada: Selasa, 25 November 2014
Beberapa hari lalu, Emelda Rosmila ada memuatnaik gambar yang menunjukkan alat penentuan ujian kehamilan. Namun ianya hanya lah ujian untuk melihat selepas dia berasa kurang senang apabila mendapati pusingan haidnya datang lewat seminggu memetik portal Murai.

Dan sekaligus menafikan dirinya kini hamil/mengandung.

“Tak ada apa-apa kerana ketika itu saya hanya membuat ujian kehamilan disebabkan pusingan haid saya yang datang seminggu lewat tidak seperti biasa. Itu saja,”

“Saya tahu ramai yang telah menghulurkan ucapan tahniah kepada saya, tapi apa yang boleh saya katakana di sini yang saya tak mengandung lagi.

“Terharu pula saya apabila ada yang sanggup meninggalkan nombor telefon untuk bertanyakan petua bagaimana saya boleh hamil.

“Begitu juga dengan saudara mara saya di kampung yang turut menghubungi saya bertanyakan tentang kesahihan berita berkenaan.

“ Insha Allah apabila tiba masanya nanti, pasti saya akan memaklumkan kepada semua orang terutama sekali peminat semua.

“ Bagaimanapun saya berfikiran positif dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan serta doa mereka semua. Mudah-mudahan doa mereka itu akan dimakbulkan olehNYA secepat yang mungkin,” -Emelda
Tak pe lah Emelda, jangan berhenti dengan meminta rahmat Allah, semoga satu hari nanti Emelda akan meinamng anak. amin.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..