Dynas akui berkenalan dengan seorang jejaka bernama..

Pada: Sabtu, 22 November 2014
Mungkin ramai masih yang tidak tahu yang pelakon, Dynas Mokhtar kini sudah solo sejak 25 Feb yang lalu. Tidak diketahui mengapa setelah 6-7 bulan, baru Dynas mahu memberitahu kepada umum. Adakah dia mahu kahwin semula?

Menurut portal GUA, Dynas menafikan perkara itu.

“Ye ke? Tak lah, mana ada. Dia (suami) kot. Dia yang nak kahwin kot? Salah satu sebab saya mendedahkan status saya sebelum ini adalah kerana ia tidak adil untuk keluarga suami dan juga diri dia. Macam mana perempuan nak kepada dia jika orang masih ingat yang dia suami saya,”

“Of course saya masih single. Saya tidak dating dengan sesiapa. Saya boleh berpacaran dan mahu perkara itu tapi buat masa ini saya masih lagi solo. Selagi tidak ada cincin di jari saya, saya masih single,”
Ada juga gosip yang dikatakan Dynas telah menjalinkan hubungan dengan pemenang pertandingan HIMbyHatta, Ahmad Aidit Noh yang juga pelajar Kejuruteraan Pesawat. Dengan ditambah sering kali memuatnaik gambarnya.
“Kami cuma kawan dan bukan bercinta atau apa. Dia banyak kali menjadi model ketika sesi fotografi untuk butik saya. Dia juga ada berhasrat nak buat jenama sendiri, jadi dia banyak tanya kepada saya tentang selok belok perniagaan. Kami hanya berkawan dan memang tak ada apa-apa hubungan lain. Lagipun dia baru 21 tahun dan kalau boleh saya nak cari lelaki yang lebih matang,” -Dynas

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..