Aliff Aziz mengaku mencuri telefon bimbit tapi..

Pada: Jumaat, 7 November 2014
Masih ingat mengenai kes pencurian telefon bimbit yang didakwa Aliff Aziz telah mencurinya beberapa bulan lalu? kes itu sebenarnya sudah selesai.

Memetik Bharian semalam, Aliff terpaksa mengaku untuk menyelesaikan segera segala undang-undang dengan kadar segera.
"Isu mencuri telefon bimbit itu sudah selesai. Saya berada di tempat dan waktu yang salah. Natijahnya saya terpaksa mengaku bersalah biarpun saya tidak melakukan perkara itu.

"Undang-undang di Singapura berbeza di sana. Atas saranan pihak peguam bela, saya mengaku saja dan bayar denda untuk memendekkan proses berkaitan.

"Jika tidak saya perlu melalui proses pengadilan yang panjang. Kejadian ini terjadi empat bulan lalu dan itu antara sebab saya terpaksa berulang alik dari Kuala Lumpur dan Singapura," -Aliff Aziz

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..