10 tahun! Nora Danish belum ada anugerah.

Pada: Selasa, 18 November 2014
Perasan ke korang yang Nora Danish hanya popular di laman sosial namun tidak sebaliknya. Mana tidaknya, anugerah yang berprestij belum lagi dia miliki.

Menurut laporan Kosmo!, 10 tahun bergelar pelakon, dengan 15 buah filem, dan puluhan drama, tapi belum ada anugerah yang dimiliki.

“Saya rasa semua pelakon mempunyai impian yang sama. Tipulah jika tidak mahu anugerah. Selama 10 tahun jadi pelakon, saya mengidam untuk terima anugerah kerana kualiti lakonan saya.

“Ya, dahulu saya mengaku tidak diberi kepercayaan untuk watak yang berat, tetapi hari ini senarionya telah berubah. Saya juga berusaha keras untuk memperbaiki mutu lakonan bukan sekadar jual wajah. Tidak kisah anugerah apa sekali pun asalkan ia mengiktiraf bakat lakonan saya,”

“Memang saya akui, sebelum ini saya hanya dikenali dengan watak ringan dan comel sahaja. Cuma sejak kebelakangan ini, saya diberi peluang untuk melakonkan watak berat.

“Saya kira, itu satu pencapaian yang baik sepanjang 10 tahun dalam industri seni. Jika boleh, saya mahu lakukan yang lebih baik dalam lakonan kerana peminat hari ini bijak menilai. Jika mahu bertahan lama, kualiti lakonan harus dijaga,” -Nora Danish

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..