Zain tak larang Ammar ke kelab malam..

Pada: Isnin, 6 Oktober 2014
Bukan bercerita pasal anaknya yang nak dilahirkan nanti. Tapi bercerita mengenai anak tirinya, yakni anak Rozita Che Wan, iaitu Ammar yang dapat BMW RM500,000 lebih tu.

Kata Zain memetik sebuah blog hiburan tempatan, dia tak melarang anak tirinya itu ke kelab malam. Haha. Yang pelik kenyataan Zain ni 'tak menghalang dari segi agama', manaada kelab malam yang halal (dibenarkan) dari sudut agama Islam ni Pak Cik Zain oi.

P masjid solat berjemaah sama-sama kan elok, kuliah maghrib dan solat-solat fardu yang lain. Tak pe la, mungkin cara didikan setiap ibubapa memang lain-lain, so, tepuk dada tanya iman..

"Memang dia ada perasaan ingin tahu untuk mencuba, jadi dia kena belajar dari pengalaman dia sendiri. Dia pergi pun atas pengetahuan. Ini proses dia membesar.

Jadi, dia rasa nak masuk club, dah cukup umur masuklah, kalau tak menghalang dari segi undang-undang atau agama tak apalah. Janji tak keluar surat khabar ke apa, yang penting dia kena jaga nama dia dan elakkan dari benda negatif.

Kalau kita halang macam mana pun, kalau dia nak dia akan buat. Lagi dihalang, lagi dia nak buat. Jadi, diorang kena lalui sendiri, kalau dia salah langkah, kita kena faham sebab itu proses dia membesar.

Nama dia yang kena dijaga selain kita sebab kalau apa-apa jadi dia sendiri yang akan kena hentam. Kalau dia buat apa-apa pun, dia tau had dia. So, it’s better to support, so they will always come to us dari dia sorok-sorok.

Apa-apa pun Ammar akan tanya pada I, dia selesa, jadi kalau apa-apa pun I tahu apa yang patut I ceritakan dan yang tak patutlah. Kalau dia tanya I akan jawab, I’m very honest dengan dia. Kita kena open dengan anak-anak, bila kita percaya dengan dia, dia akan percaya kita. Itu satu benda yang Che Ta ada dengan anak-anak dia. Ada respect dan had apa yang boleh dan tak boleh dilakukan." -Zain Saidin memetik blog OhBulan

Tag : , , , , , , , ,