Tarikh perkahwinan Zizan, Emma Maembong...

Pada: Khamis, 23 Oktober 2014
Memang ramai yang tidak sabar melihat pasangan kekasih selebriti Zizan dan Emma Maembong nak mendirikan masjid aka bernikah.

Dan ada juga cakap-cakap yang mereka akan ke arah itu tidak lama lagi. Namun memetik portal GUA, Zizan menafikan hal demikian dan mahu memfokuskan kerjayanya terlebih dahulu.
“Fokus saya sekarang adalah kerjaya. Saya mahu semua perkara stabil dahulu, baru fikir untuk ke langkah seterusnya. Bukan sahaja dari segi kewangan, saya kena pastikan keluarga saya dahulu stabil, barulah saya akan merancang mengenai perkahwinan,

“Tiada tekanan. Saya suka apabila ramai menunggu kerana pastinya orang akan mendoakan yang terbaik untuk saya. Ia juga bermakna orang di luar sana menyokong hubungan saya dengan Emma. Emma sendiri pun tidak pernah mendesak dan menyerahkan semua kepada saya.

Apabila kami berdua sudah bersedia, pastinya saya akan mendedahkan ia (tarikh perkahwinan) kepada umum,” -Zizan.

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..