Sembelih Korban Aidil Adha, Zizan dikecam!

Pada: Selasa, 14 Oktober 2014
Walaupun Hari Raya AidilAdha sudah berlalu, namun ada juga kesan yang tidak boleh berlalu. Begitulah yang terjadi kepada pelakon Zizan Razak yang pertama kali menyertai ibadah korban.

Zizan ada memuatnaik sekeping foto yang memaparkan dia selesai menyembelih seekor lembu, namun ada pihak yang menyatakan dia sengaja menunjuk-nunjuk dan berasa riak.

Zizan akui yang dia memuatnaik gambar itu kerana terlalu teruja menyertai ibadah berkenaan dan ianya sesuatu yang boleh mengeratkan silaturahim sesama insan dengan bergotong royong.

Tambahan lagi, Zizan tidak mahu membuang foto berkenaan jika bukan ditegur daripada golongan alim ulama mahupun ustaz.

"Saya tak faham, gambar itu tidak memberi masalah kepada mereka yang beragama Islam. Bagi yang bukan Muslim, kita boleh tarbiah secara baik, kenapa kita lakukan ibadah korban, sekaligus menyampaikan info berkaitan Islam secara tidak sengaja,"

"Ini merupakan kali pertama saya lakukan ibadah korban, walaupun saya sibuk dengan pelbagai kerja, saya tetap balik ke kampung dan agihkan daging korban saya kepada golongan yang memerlukan. Saya mohon hentikan spekulasi negatif mengenai gambar itu," -Zizan
Sebenarnya menurut sumber portal Murai, ianya terjadi apabila salah faham daripada rakyat asing yang menganggap Zizan menganiaya haiwan, walhal ramai yang membantu Zizan memberitahu hal sebenar, namun kedegilan rakyat asing yang rata-rata bukan beragama Muslim berkenaan bertambah kecoh kerana tidak memahami konsep sebenar penyembelihan yang dilakukan oleh Zizan.

Tag : , , , , , ,