Rico Rinadli pegang akui pengang anjing..

Pada: Selasa, 21 Oktober 2014
Isu pegang anjing memang hot buat masa ini buat kalangan orang Islam di Malaysia. Soal agama memang admin tak pro sikit, tapi pakai otak yang waras, anjing memang tak boleh sentuh lah ah kalau nak sentuh kena ada sebab yang diharuskan, kalau ada anjing pun, pasti kena 'suh-suh' je tu. Pasal admin pun ada dendam sikit kat anjing ni, dulu sekolah rendah kena kejar anjing je selalu, dah lah besar bapok tu anjing, ntah apa salah admin masa kecil kena kejar, tu kalau kena gigit, memang nak kena lah anjing tu kelak dengan ketrurunannya. keh keh.

Berbalik soal tajuk, ni ha nak beritahu seorang pereka fesyen terkenal, Rico Rinadli (seorang muslim). Dia difahamkan telah memuatnaik gambar dimana dia dia memegang seekor anjing ketika berkunjung ke rumah penyanyi Atilia Haron.

Namun isu pegang oleh Rico menjadi perhatian ramai, bahkan ada yang mengecam tindakan Rico itu. Menurut portal Murai, Rico akui yang dia memang memegangnya tapi anjing itu..
“Saya sama sekali tak menyangka, gambar berkenaan telah mendapat tarikan ramai pihak terutama komen-komen yang saya sendiri tak sanggup untuk membacanya.

“Kalau nak tahu, saya sendiri telah meminta keizinan Atilia untuk memuat naik gambar berkenaan kerana takut ianya akan menjadi salah faham ramai pihak walaupun saya sedar itu hanyalah patung yang betul-betul menyerupai seekor anak anjing.

“Mungkin kerana terlalu geramkan patung anak anjing itu, jadi saya telah memuat naikkannya. Itupun selepas mendapat keizinan daripada Atilia Harun,”

“Sebenarnya ada banyak lagi komen daripada gambar berkenaan yang telah saya buang tetapi ada juga yang saya kekalkan di situ terutama daripada individu yang saya kenali.

“Daripada peristiwa ini, saya pelajari bagaimana manusia begitu cepat menghakimi seseorang manusia yang lain tanpa menyelidik kebenarannya” -Rico

Tag : , , , , , , ,

1 Komen:

Tanpa Nama 23 Oktober 2014 7:48 PG

macam-macam dunia ni..

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..