Resepsi Pija Mentor, Hamil 4 Bulan (6 gambar)

Pada: Sabtu, 4 Oktober 2014
Akui Pija Mentor yang gambar perkahwinannya tersebar beberapa minggu lalu adalah benar. Dia telah berkahwin pada bulan Mac yang lalu di Kota Kinabalu. Dan acara resespi pula diadakan pada bulan September di Kuala Lumpur.

Dalam pada masa yang sama Pija akui kini sudah berbadan dua dimana usia kandungannya kini adalah 4 bulan.


"Ya, saya memang sudah bernikah pada 21 Mac lalu. Pada tarikh yang sama juga telah berlangsungnya majlis persandingan di sebelah pihak suami di Kota Kinabalu, Sabah.

"Pada 28 September lalu pula, saya dan suami telah sekali lagi mengadakan majlis resepsi di Hotel Istana, Kuala Lumpur yang dihadiri oleh lebih 300 tetamu. Tujuannya adalah untuk memberi peluang sauadara mara dan rakan-rakan yang tidak dapat hadir pada majlis sebelum ini untuk meraikan hari bahagia kami," -Pija petikan MediaHiburan

Tag : , , , , , , , ,