Raja Azmi bakal bercerai? sudah tawar hati katanya..

Pada: Selasa, 14 Oktober 2014
Dengarnya rumahtangga pengarah, Raja Azmi (Kak Mi) dengan suaminya Mohd Eddie kini goyang. Walaupun nak sambut ulang tahun pertama perkahwinan mereka pada 14 Oktober ini, tapi sepertinya tidak akan berlaku.

Ini disebabkan akui Raja Azmi menerusi ruang Utusan semalam menyatakan yang dia sudah tawar hati untuk teruskan bahtera perkahwinannya ini.

Selain itu mereka sudah tidak tinggal sebumbung lagi sejak 16 September yang lalu.
Hits: 14 Oktober ini ikutkan Kak Mi bakal menyambut ulang tahun perkahwinan pertama dengan suami, secara jujur adakah keadaan yang berlaku dalam rumah tangga Kak Mi ini menyedihkan?

Raja Azmi : Tidak, saya tidak rasa apa-apa. Jangan salah sangka, sebagai seorang yang pernah berkahwin saya tahu apa perasaan yang saya lalui sekarang. Mungkin hubungan kami ini masih baru, jadi orang kata hendak terlalu sedih itu tidaklah. Saya masih meneruskan urusan harian saya seperti biasa dan apa yang berlaku ini tidak memberi kesan kepada saya.

Jadi Kak Mi masih tinggal berasingan?

Buat masa ini kami memang tinggal berasingan, malah Aidiladha lalu juga saya pulang ke kampung saya di Kuala Kangsar tanpa dia.

Sepertinya Kak Mi nekad untuk tidak meneruskan hubungan ini, adakah ini benar?

Tulus dari hati saya memang saya sudah tawar hati dengan perkahwinan ini. Mungkin ini nampak tidak sepatutnya berlaku, tetapi saya perlu menerangkan hal sebenar. Dalam hal sebegini tidak akan ada orang lain yang mampu membuat keputusan untuk diri saya, jadi saya yakin dengan apa yang sama mahu.

Belum cukup setahun Kak Mi kahwin, sesetengah orang mungkin akan meminta Kak Mi berusaha untuk memperbaiki keadaan dahulu.

Tentulah ada usaha itu, tetapi perlu saya tegaskan yang saya bercakap ini dari pihak saya sendiri. Apa yang saya jawab ini mewakili hati dan perasaan saya. Saya tidak mahu libatkan orang lain, apa yang saya tahu memang saya sudah tawar hati.

Secara jujur dalam tempoh beberapa bulan berkahwin ini, berapa bulan sebenarnya Kak Mi merasai nikmat kebahagiaan?

Saya tidak pernah kata saya tidak bahagia, memang saya bahagia. Malah suami saya juga seorang yang baik. Cuma ada beberapa perkara yang memaksa saya buat keputusan ini.

Ada yang mengatakan tempoh perkenalan singkat Kak Mie dengan suami menjadi punca perkara ini terjadi, Kak Mi setuju?

Tidak, saya tidak percaya jodoh itu terletak kepada berapa lama kita kenal. Sebelum ini saya pernah berkahwin, untuk pengetahuan semua kami hanya saling mengenali lima bulan sebelum berkahwin. Hampir 28 tahun kami bersama sebelum berpisah, jadi tempoh pengenalan singkat bukan menjadi punca dalam hal ini.

Seperti yang Kak Mi tahu sebarang kontroversi yang ditimbulkan Kak Mi sering mendapat tempat di kalangan masyarakat yang mengambil peluang mencemuh Kak Mi. Hits percaya apa yang berlaku ini akan sekali lagi mengulangi keadaan itu, adakah Kak Mi tertekan dengan keadaan ini sekarang.

Saya tahu perkara ini akan mengundang keadaan yang sama seperti yang saya lalui sebelum ini. Ada yang mengatakan saya menjaja kisah rumah tangga, tetapi saya letakkan diri dalam definisi yang berbeza. Saya mahu berkongsi apa yang berlaku dalam kehidupan saya dengan harapan orang akan jadikannya teladan. Saya tahu, sebagai manusia saya tidak sempurna dan sebab itu jangan ikut perbuatan saya yang jelek di mata mereka.

Tag : , , , , ,