Panas! Shila Amzah sindir Den Wahab

Pada: Rabu, 1 Oktober 2014
Tak tahulah, adakah benar Shila Amzah kini ego dan sombong dengan pencapaiannya sehinggakan ramai yang menasihatinya di laman sosial tidak diendahkan. Kenapa hanya meminta maaf kepada media Melayu (sebangsanya sendiri) menjadi susah? perkataan itu hanya simple tapi besar maknanya dan membawa hikmah. Tapi sebaliknya untuk Shila.

Isu lain pula mengenai hutang ayahnya, ND LALA dengan Den Wahab beberapa tahun yang lalu. Namun menurut portal Murai, Shila Amzah pula yang menyibuk dan membela ayahnya itu, dengarnya juga Shila pergi menegur Den Wahab di laman sosial miliknya.

Masa kecil-kecil juga, Shila selalu main ke rumah Den Wahab seperti saudara maranya sendiri. Ntah kenapa kini Shila menghantam dan menyindir 'pak cik' nya itu semata-mata mahu membela urusan ayahnya.

"Kalau tak mengaku jugak, memang spesis kacang lupakan kulit betullah," - luahan selebriti yang tidak berpuas hati dengan kenyataan Shila
Tu lah kalau dah popular/kaya raya dengan tidak merendah diri inilah akibatnya. Makin ramai orang meluat dari menyokongnya, tidak menerima nasihat orang ramai.

Difahamkan Media-media Melayu kini sudah mula memboikot dua beranak ini. Harap-harap satu masa nanti, drama ini akan berakhir dengan penuh kebaikkan.

Tag : , , , , , ,