Panas, Freddie Fernandez dakwa Diana Johor Pembohong

Pada: Jumaat, 3 Oktober 2014
Panas! Dapat berita yang syarikat produksi Unique Twins Sdn Bhd milik adik beradik kembar, Diana dan Lina Johor didakwa oleh Persatuan Karyawan Malaysia berbohong isu menjelaskan hutang di dalam produksi terbabit.

Menurut presiden persatuan itu memetik portal mStar, Datuk Freddie Fernandez turut melaporkan belum ada penjelasan dibuat oleh syarikat produksi mereka berhubung kegagalan membayar pelakon dan kru di bawah naungannya.

Bahkan Diana juga menuduh Karyawan sebagai tidak profesional dan memburukkan nama baiknya.
"Kenyataan dia (Diana Johor) pada sebuah akhbar kononnya tidak pernah mematikan talian telefon adalah bohong sama sekali.

"Pihak kami sudah beberapa kali cuba hubungi dia sebelum ini sehingga saya meninggalkan mesej agar dia hubungi saya kembali, namun sampai sekarang tiada apa-apa reaksi untuk dia selesaikan isu ini, dia memang tidak menjawab panggilan telefon darpada kami.

"Mungkin dia hanya bercakap dengan wartawan yang baik dan mengenalinya sahaja,"

"Kita bukan sengaja mahu mengaibkan dia, pihak kami sudah cuba selesaikan perkara ini secara baik terlebih dahulu, namun gagal. Bagi saya, dia yang tidak profesional dan tidak layak untuk menjadi penerbit dalam menghasilkan sebuah filem," -Freddie
Dalam pada itu, Freddie memberi tempoh seminggu sahaja lagi untuk pelakon tersebut menghubunginya sebelum perkara ini dibawa kepada tindakan undang-undang.

Tag : , , , , , , ,