Linda, Beego mahu tinggalkan anaknya..

Pada: Isnin, 13 Oktober 2014
Memetik portal mStar, suami isteri, Linda Hashim dengan Beego menyifatkan anaknya Jelita Clarissa, yang kini berusia 5 bulan sebagai pembawa rahmat dimana ramai ahli keluarganya yang mahu menjaganya.

Jelas kenyataan itu merupakan salah satu faktor kesibukan mereka berdua jika bergiat semula dalam bidang lakonan.

"Saya akan kembali semula berlakon selepas umur Jelita enam bulan dan Alhamdulillah tentang penjagaan dia ramai ahli keluarga yang tawarkan untuk menjaganya. Kakak saya dan atuk saudara saya sudah beritahu awal-awal mahu menjaga dia, malah ibu Beego juga sanggup datang ke Kuala Lumpur untuk menjaganya jika saya ada penggambaran.

"Kalau boleh memang saya tidak mahu hantar ke pusat penjagaan kerana takut dengan berita-berita yang sering berlaku tentang keselamatan bayi di bawah jagaan orang lain,"

Saya rasa Jelita boleh tinggal dengan mereka kerana dia jenis yang tidak takut orang terutama ahli keluarga kami, namun buat masa ini saya sedang ajar dia minum menggunakan botol susu," -Linda
Dalam pada masa yang sama satu Majlis cukur jambul dan akikah Jelita telah diadakan di kediaman mertuanya di Johor Bahru, pada malam Isnin lalu.

Tag : , , , , , , ,