Kayda ikut jejak ibunya, Sheila Majid jadi penyanyi

Pada: Khamis, 9 Oktober 2014
Sepertinya anak kepada Ratu Jazz Datuk Sheila Majid telah mengikuti jejak kerjaya ibunya sebagai seorang penyanyi.

Anaknya bernama Wan Nur Khaleda atau lebih dikenali sebagai Kayda Aziz yang berusia 23 tahun lulusan ijazah sarjana jurusan psikologi itu telah berjinak-jinak untuk menjadi seorang penyanyi.

Kayda juga tidak senang jika dia di label sebagai menumpang populariti ibunya, namun mahu berdiri sebagai dirinya sendiri.

Memetik portal MalaysianDigest, Kayda meluahkan rasa kesalnya itu.

"Tak dinafi, saya kecewa dan pernah sampai rasa menyampah juga bila selalu saja ada cakap-cakap yang kata, saya tumpang populariti ibu saya. Saya tertekan sebab kerana dakwaan itu sampai kan orang lupa nama saya. Saya mahu orang kenal saya sebagai Kayda...

"Apapun, saya bersyukur dan bangga sebab menjadi anak kepada dua insan seni yang berbakat besar dalam dunia muzik. Tapi tak bermakna saya tak mampu nak buktikan yang saya juga boleh berjaya dengan usaha sendiri. Kalau betullah, saya ni tumpang populariti ibu saya, tentu 10 tahun dulu saya dah buat album",

"Ibu bapa saya tak pernah pun persoalkan pilihan saya mahu menyanyi sebaliknya dia memberi sokongan kepada saya.

"ibu saya tak campur tangan. Dia cuma berpesan kalau saya serius dalam bidang ini, saya mesti bersungguh-sungguh dan beri komitmen 100% dan jangan buat separuh jalan", -Kayda

Tag : , , , , , , , ,