Kamal masih simpan gambar dalam poket, Intan no komen!

Pada: Rabu, 15 Oktober 2014
Hubungan kisah cinta di antara Intan Ladyana dengan Kamal Adli sudah berakhir 2 bulan lalu. Pastinya ramai yang sudah tahu. Namun disebalik kisah itu, ada juga yang masih mahu menanyakan benda yang sama sehinggakan Intan merasa sangat rimas.

Artikel daripada Astro Gempak telah menyebutkan yang Kamal Adli masih belum dapat melupakan Intan dengan masih menyimpan gambar Intan di dalam dompet milik Kamal.

Akui Intan memetik portal Murai, tidak perlu ungkit hal-hal yang lepas. Biarkan ianya berlalu.
“Saya sebenarnya tidak mahu panjangkan lagi isu ini kerana hubungan kami memang dah berakhir dan tiada apa lagi yang boleh saya komen.

“Saya rasa baik saya diamkan diri sahaja, jika tidak isu ini tidak akan berakhir,” -Intan

Tag : , , , , ,