Kakak Melissa Saila tidak puas hati terhadap Melissa sendiri!

Pada: Rabu, 15 Oktober 2014
Isu kemelut lakonan kepada Allahyarham A.R Tompel yang menjadi isu beberapa hari lalu melalui sidang media dimana warisnya telah menyuarakan rasa dukacita kerana watak yang dimainkan semula itu bercanggah dengan penamilan Allahyarham ketika hidup.

Kakak kepada Melissa Saila, Rozita Rohaizad juga turut menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap lakonan itu. Memetik portal SinarHarian, dia menganggap ianya tidak sesuai dilakonkan yang boleh mengaibkan seseorang dan tidak didedahkan.

Malah watak Allahyarham Puan Sri Saloma juga dipotretkan seperti ibu yang tidak menyayangi anaknya dan menyimpan dendam terhadap karakter Norizan yang ‘mencuri’ Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.
“Sebenarnya, saya tengok filem itu sekali sahaja. Jadi tak ingat sangat babak dia. Namun sebagai seorang Islam, kita kena pegang pada ajaran agama, tak boleh papar aib orang,”

“Saya ingat dia buat tribute macam dokumentari dengan cerita yang baik-baik sahaja. Selain tu, ibu saudara saya, Mimi Loma juga kurang senang menonton filem ini,” -Rozita
Filem biopik Saloma diterbitkan oleh Kus Semangat Aktor, produksi milik pengarah filem ini iaitu Melissa Saila

Tag : , , , , ,