Isu minyak naik - nasihat Ustaz Kazim Elias kepada Kerajaan!

Pada: Khamis, 2 Oktober 2014
Kecoh tetap kecoh, tidak setuju juga tidak setuju dan berang tetap berang. Itulah rasanya keluhan rakyat yang rata-rata berpendapatan sederhana dan rendah akibat kenaikkan harga minyak semalam oleh Kerajaan.

Ulama terkenal, Ustaz Kazim Elias menasihati kerajaan agar memikir semula kenaikkan harga ini. Katanya juga pemberian BR1M dan insentif lain bukanlah perkara yang menyelesaikan atau meringankan beban rakyat, sewajarnya ianya dimansuhkan dan harga minyak boleh diturunkan.

Lepas ni admin percaya, ramai pekedai akan menaikkan harga barangan dengan alasan minyak naik 20 Sen. Dan kemungkinan besar populariti parti politik yang memimpin kerajaan sekarang akan merundum jatuh jika negara kaya minyak ini gagal dalam mengimbangi harga minyak tempatan.

suaragenerasibaru.com - Ulama tersohor tanah air, Ustaz Kazim Elias menegur penasihat dan kerajaan yang bertanggungjawab dalam kenaikan minyak RON95 mulai tengah malam ini.

Beliau memuatnaik status di akaun media sosial “Facebook” sebentar tadi menyatakan bahawa belum terlambat untuk kerajaan mengkaji semula kenaikan harga minyak ini disamping beliau menyarankan agar memotong kos perbelanjaan lain selain daripada minyak.

Selain itu, Ustaz Kazim Elias turut mencadangkan kerajaan mencari kaedah terbaik bagi mengurangkan kos barangan yang dijangka naik menjelang hari esok,

Dalam pada itu,Ustaz Kazim turut menyentuh tentang pemberian BR1M yang tiada faedah jika kos barang terus meningkat akibat dari kenaikan bahan api.

Dalam pada itu, rata-rata pengguna media sosial berang dan tidak setuju dengan kenaikan secara mendadak sebegini yang boleh menjejaskan persiapan Hari Raya Aidil Adha yang dijangka disambut Ahad ini di seluruh negara.

Tag : , , , , ,