Instagram Abby-Norman reaksi Memey...

Pada: Jumaat, 10 Oktober 2014
Laman Instagram yang memaparkan beberapa mesej Whatsapp yang diantara Abby Abadi dengan bekas suaminya, Norman Hakim membuatkan Memey Suhaiza isteri kepada Norman tidak merasakan apa-apa pelik yang perlu dicemburukan.

Akui Memey memetik portal mStar, tiada sebab munasabah yang harus di cemburukan memandangkan hubungannya dengan Abby sudah baik sekian lama dan memahami suaminya itu seorang yang setia.
"Tiada sebab kenapa saya perlu berkecil hati dengan mesej berkenaan kerana ia lebih kepada kata-kata dorongan kepada Abby yang kini semua sedia maklum sedang dalam keadaan tertekan atas beberapa perkara.

"Malah sebelum ia dihantar suami menunjukkan draf mesej itu kepada saya dan saya sendiri tidak melihat apa-apa kesalahan atau perkara mencurigakan dalam pesanan tersebut,"

"Tiada kesan pun kerana sebelum ini banyak lagi situasi lebih teruk daripada ini saya lalui tambahan pula saya lebih kenal siapa suami saya malah hubungan saya dengan Abby juga cukup baik.

"Dalam keadaan sekarang kami adalah orang paling dekat dengan Abby dan sudah tentu saya dan suami sentiasa memberi sokongan kepadanya," -Memey

Tag : , , , , , ,