Inilah dia kekasih Elfira Loy..

Pada: Khamis, 23 Oktober 2014
Mesti korang nak tahu siapa sebenarnya kekasih kepada pelakon muda, Elfira Loy kan. Dia ni seorang aktor dari Indonesia. Namanya Baim Wong.

Kali terakhir mereka bersama adalah pada tahun lepas dimana Baim ke Malaysia dengan temani Elfira untuk mempromosikan telemovie bertajuk, Untuk Terakhir Kali.


Namun ketika itu mereka sepertinya menyimpan hubungan mereka sebenar dengan bertopengkan kawan sahaja.

Baru-baru ini mereka dikatakan memang betul-betul bercinta, dakwaan ada yang melihat mereka bersama ketika di majlis perkahwinan selebriti Indonesia, Raffi Ahmad dengan Nagita Slavina di The Ritz Carlton, Jakarta hujung minggu lalu.

Ada juga sekeping gambar yang dimuatnaik oleh Elfira (atas) ketika kunjungannya ke Jakarta dengan ditemani Baim untuk merasai suasana ketika perlantikan Presiden Indonesia ke-7, Joko Widodo.
'Ada (pacar), dia orang Malaysia. Sudah kenal lama kok, empat tahun yang lalu. Namanya Elfira Loy. Dia di atas, lagi makan. Aku ke bawah cuma mau ketemuan sama orang kok, untuk kasih barang' -akui Baim diminta ulas oleh wartawan majalah NOVA.

Tag : , , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..