Ifa Raziah hajat hamil/mengandung sebelum usia ke....

Pada: Selasa, 7 Oktober 2014
Tahniah kepada Ifa Raziah yang meraihkan ulangtahunnya ke-39 baru-baru ini. Di dalam pada masa yang sama Ifa juga meminta hajat agar Allah SWT mengurniakan lagi cahaya mata yang juga anak ke-3 di dalam kehidupannya sebelum 40 tahun.

Ifa berkahwin dengan Mohd Yani dan dikurniakan seorang anak hasil perkahwinan mereka iaitu Muhammad Syakir Aqili Mohd Yani, 9 tahun manakala seorang lagi anak angkat mereka iaitu Sharifah Putri Umairah, 15 tahun.

“Alhamdulilah, Tuhan panjangkan usia saya dan harapnya selepas ini saya diberi kesihatan yang baik berpanjangan serta dimurahkan rezeki. InsyaAllah fokus saya selepas ini ingin memiliki rumah yang lebih besar dan selesa daripada sekarang.

“Selain itu, jika diizikan dan dimurahkan rezeki oleh Tuhan, saya sebenarnya mahu hamil lagi. Memang impian saya mahu timang seorang cahaya mata lagi sebelum melebihi usia 40 tahun.

“Saya amat sukakan bayi dan kanak-kanak dan sekarang rasa rindu pula nak ada bayi kecil di rumah. Yelah, anak-anak saya dah besar dan masing-masing sudah pandai buat hal sendiri. Malah mereka sendiri selalu bertanya bila mereka boleh dapat adik lagi,”

“Sebenarnya dah lama saya menanti untuk hamil lagi anak ketiga dan memang tidak pernah sekali merancang atau sebagaianya. Saya memang berharap dan hanya berusaha secara semula jadi sahaja. Bagi saya semuanya rezeki daripada Tuhan,” -Ifa Raziah memetik portal Murai

Tag : , , , , , , ,