Hot! Miera Liyana, Fauzi Nawai ada hubungan sulit? pegang tangan?

Pada: Sabtu, 18 Oktober 2014
Dengarnya Miera Liyana kini didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan Fauzi Nawawi yang juga suami kepada Lisdawati. Ini timbul berikutan ada pihak yang melihat mereka berpegang tangan untuk menghadiri satu majlis hari jadi kawan mereka.

Ini ditambah lagi dengan kerjasama mereka untuk sebuah telefilem di Jakarta, Indonesia bertajuk ‘Pacarku Kehabisan Ongkos’ yang akan ditayangkan di stesen televisyen Indonesia dan Malaysia.

Namun memetik HarianMetro, Miera dan Fauzi menafikan gossip itu dan melabelkan ia sebagai satu yang tidak masuk akal.

“Saya menganggap dia (Fauzi) sebagai idola saya terutama untuk memantapkan diri dalam bidang kerjaya lakonan kerana dia banyak membantu saya berlakon dan sebagainya,”

“Dalam telefilem itu saya memegang watak heroin manakala dia (Fauzi) sebagai bapa saya. Saya teruja apabila digandingkan bersamanya apatah lagi dalam usia saya yang masih muda ini, tentunya ia pencapaian yang boleh dibanggakan apabila turut sama ditawarkan berlakon di negara jiran itu.

“Selepas habis menjalani penggambaran filem itu kira-kira seminggu lalu saya juga tidak ada berjumpanya dan saya juga pelik bagaimana timbul dakwaan seperti ini.

“Apa yang pasti saya tahu apa yang saya lakukan dan aksi seperti berpegangan tangan sambil bermesra itu adalah tidak benar sama sekali. Saya juga masih terlalu muda apatah lagi untuk mengganggu rumah tangga orang lain. Saya bukan perempuan jenis itu,” -Miera
Dan ini pula respon Fauzi..
“Kalau saya dapat memegang tangan Miera betapa bertuahnya hidup saya. Hakikatnya tindakan berpegangan tangan dan bermesra itu tidak pernah berlaku dan saya juga terkejut dengan dakwaan seperti ini,

“Saya tidak mahu komen banyak kerana dakwaan ini juga tidak benar sama sekali dan kepada mereka yang sewenang-wenangnya melemparkan dakwaan ini, saya rasa lebih baik fikirkan soal diri sendiri sebelum memburukkan orang lain.

“Perbetulkan diri sendiri sebelum meletakkan kesalahan kepada orang lain. Hentikan perkara negatif itu adalah langkah lebih baik,” -Fauzi

Tag : , , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..