Foto bersama gadis di kelab malam, Zul akui...

Pada: Selasa, 21 Oktober 2014
Foto mesra Zul dengan seorang wanita tidak dikenali beberapa minggu lalu telah mencetuskan kontroversi. Foto yang memaparkan adegan peluk itu dikatakan dilakukan disebuah kelab malam di Pulau Langkawi.

Namun Zul semalam menerusi sidang media memetik portal mStar mengakui hal itu, dan wanita berkenaan hanyalah peminatnya sahaja.
"Ketika kejadian saya sedang menonton persembahan live band di sebuah kelab dan disapa oleh wanita berkenaan untuk mengambil gambar dan saya sekadar memenuhi permintaannya.

"Selepas gambar itu tersebar saya sedar ia satu kesilapan besar kerana cara itu agak berlebihan sehingga menimbulkan salah faham di kalangan peminat,"

"Kadang-kadang rasa serba salah untuk menolak permintaan peminat untuk bergambar atau menegur cara mereka kerana bimbang mereka berkecil hati.

"Namun kejadian itu memberi pengajaran kepada saya untuk lebih berhati-hati apabila bergambar dengan peminat wanita selepas ini,"

"Tetapi dua orang pertama yang tahu situasi sebenar adalah ibu saya dan Gayatri (kekasihnya)," -Zul.
Aik. lihat gambar macam Zul pula kan yang berlebih-lebihan, bukan peminat tu. ke kantoi dah tu. keh keh.

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..