Farhan AF4 mula edar kad kahwin (3 gambar)

Pada: Rabu, 8 Oktober 2014
Agak sibuk dibuatnya untuk mengedar kad jemputan perkahwinan yang diimpikan setelah bertunang sejak 12 Februari 2012. Itulah yang dibuat sekarang oleh Farhan Azizan (finalis Akademi Fantasia musim ke-4) dengan tunangnya, Ahmad Rashadan.

Kad berkenaan berjumlah hampir 300 dan diserahkan kepada keluarga, media dan rakan-rakan dengan menyasarkan 700 tetamu akan hadir.

Majlis perkahwinan aka resepsi mereka memetik portal mStar akan diadakan pada jumaat ini di Dewan Seri Endon, Putrajaya. -Gambar Bharian | mStar

"Tinggal beberapa hari saja lagi (90% siap), berdebar juga kami dibuatnya. Alhamdulillah segala persiapan sudah hampir siap. Tinggal sikit-sikit saja lagi.

"Risau juga apa-apa terjadi pada majlis tersebut. Apa-apapun doakan agar majlis kami pada hari tersebut berjalan dengan lancar InsyaAllah," -Farhan

Tag : , , , , , , ,