Farhan AF selamat bergelar isteri (gambar)

Pada: Jumaat, 10 Oktober 2014
Dengan sekali lafaz, Farhan Azizan, 29, sah bergelar isteri kepada Ahmad Rashadan Suhaimi, 30, di Masjid Alhasanah, Bangi jam 10.15 pagi tadi. Mereka dinikahkan berwali bapa Farhan sendiri iaitu Azizan Mohd Khir.

Wang hantaran dirahsiakan manakala pengantin perempuan menyerahkan sembilan dulang hantaran yang dibalas tujuh oleh pihak pengantin lelaki.

Sepatutnya pasangan ini bernikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya tetapi lokasi bertukar pada saat akhir.

Malam ini kedua-dua mempelai akan diraikan di Dewan Seri Endon, Putrajaya. Majlis sebelah pengantin lelaki akan diadakan di Kuantan sekitar November depan.

Mereka memberitahu sedang merancang untuk berbulan madu di Kepulauan Maldives sekitar hujung tahun ini atau awal tahun depan kerana semuanya bergantung kepada jadual kerja Farhan. -Bharian | gambar mStar

Tag : , , , , , , , ,