Faizal Tahir kini kurus sebab.. (2 gambar)

Pada: Khamis, 16 Oktober 2014
Dengarnya, Faizal Tahir kini semakin susut berat badannya. Katanya dia sibuk disebabkan banyak kerja-kerja di belakang tadbir yang perlu diuruskan.

Kini Faizal mempunyai syarikat rakamannya sendiri iaitu Faithful Music.

Akui Faizal yang memetik portal Utusan, disebabkan studio inilah Faizal sangat sibuk sehinggakan ramai yang menegur dia semakin kurus.


"Ramai yang tegur kenapa saya semakin kurus. Tapi saya kurus bukan sebab sakit, cuma saya tidak cukup tidur. Sejak ada syarikat sendiri, masa saya tak menentu,

Anak-anak saya sangat aktif dan boleh dikatakan setiap hari saya berlari-lari mengejar mereka jika bawa ke pusat membeli-belah.

Memang seronok layan telatah mereka semua sebab jadual saya padat di studio, jadi kalau ada kelapangan waktu, anak-anak dan isteri lah tempat saya menghabiskan masa," -Faizal

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..